Minuman berasaskan kopi espreso Espresso

Selain disajikan begitu sahaja, espresso sering dicampur dengan susu, krim susu (foam), dan air panas. Minuman seperti kapucino dan caffe latte menggunakan espresso sebagai bahan utama dan merupakan minuman kopi yang banyak digemari.[7]

  • Espresso con panna, espresso yang ditambah krim putar di atasnya.
  • Espresso macchiato, espresso yang ditambah susu berbuih di atasnya.
  • Americano, espresso dengan tambahan air panas.
  • Cappuccino, diperbuat daripada espresso, susu sejat dan susu berbuih.
  • Caffe latte diperbuat daripada espresso dan susu sejat. Untuk membuat caffe latte, isi cawan dengan 44 ml espresso, dan tuangkan wap susu ke atasnya sehingga ia penuh sebanyak 7/8 daripada cawan.